pc_francais5Permasalahan dari syarikat induk dan kegagalan mendapatkan bimbingan sepenuhnya dari pihak berkaitan dikatakan menjadi punca kepada beberapa usahawan francais bumiputera terpaksa gulung tikar kerana kegagalan meneruskan perniagaan mereka menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam.

Usahawan-usahawan terbabit mendakwa ditindas oleh francaisor (syarikat induk) dengan terma-terma perjanjian yang berat sebelah dan hanya menguntungkan francaisor dan bukan fracaisi.

Difahamkan seramai 30 orang usahawan francais yang terlibat menyertai sistem francais dibawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bimbang dengan kemungkinan diisytiharkan bankrup berikutan kegagalan meneruskan perniagaan yang mereka sertai.

Salah seorang usahawan francais yang terlibat menanggung hutang sehingga RM200 ribu walaupun baru setahun menyertai bidang perniagaan tersebut dengan sebuah syarikat menjual kasut. Beliau mendakwa syarikat induk terbabit melambakkan stok kasut dikedainya sehingga mewujudkan keadaan belian mengatasi jualan dan menyebabkan beliau terpaksa berhutang dengan syarikat induk.

Ada sesetangah syarikat induk terbabit didakwa sewenang-wenangnya menukar terma-terma dalam perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini untuk memberi kelebihan kepada syarikat induk.

Difahamkan juga 8 buah restoran makanan segera terpaksa ditutup walaupun kurang dua tahun beroperasi.

Usahawan-usahawan francais bumiputera ini merayu  Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjadi orang tengah  dan meneliti kepincangan program francais yang mengagalkan pembangunan usahawan-usahawan bumiputera ini.

Mereka adalah kebanyakkannya terdiri dari graduan-graduan yang menyahut seruan kerajaan  untuk melibatkan diri dalam perniagaan melalui bimbingan PNS tetapi kini menjadi mangsa kerakusan  syarikat-syarikat induk yang hanya mementingkan keuntungan singkat tanpa mempedulikan usahawan dibawah sayap mereka.

Popularity: 49% [?]

Promote Post

Leave A Comment

Posting your comment...

Subscribe to these comment via email
http://usahawantv.com/wp-content/themes/selecta