Ingin tahu tentang penanaman cendawan dan potensinya? Jom lihat video di bawah. Kali ini UsahawanTv.com membawakan anda rakaman temubual bersama pengusaha cendawan di Tunas Alam Agrotech, Bota Kiri Perak.

Ikuti temubual bersama saudara Nor Ariff Mat Nasid, Pengurus Tunas Alam Agrotech.

“Industri Cendawan telah berkembang maju sejak 3-4 tahun kebelakangan ini. Pada 2007, penanaman cendawan telah diletakkan dibawah kategori tanaman industri oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Kini purata rakyat Malaysia memakan 324gram cendawan setahun atau 8,100 tan setahun berbanding keluaran semasa negara sekitar 5,500 tan setahun.

Kerajaan kini berusaha untuk meningkatkan pengambilan cendawan sehingga 2kg setahun, ini bermakna negara memerlukan 50,000 tan cendawan setahun dalam masa 2-3 tahun akan datang”.

- Tunas Alam Agrotech-

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penanaman cendawan dan kursus yang dianjurkan oleh Tunas Alam Agrotech anda boleh menghubungi mereka di :

Tunas Alam Agrotech,
Lot 262, Parit 11,
Titi Gantung, Bota Kiri
32600 Perak.
Tel: 012-266 9792 atau 012-269 9792
Website: http://tunas-alamagrotech.blogspot.com
email: tunas.alam@yahoo.com

Anda mempunyai pandangan tentang video di atas? Apa kata suarakan di ruangan yang disediakan.

Ruang Iklan Untuk Disewa

Popularity: 38% [?]

Promote Post

4 Comments

ZielaDecember 16, 2009 4:49 pm

Memang minat untuk mengetahui dan belajar cara penanaman cendawan ni untuk buat side income. Memandangkan ekonomi sekarang yang tak berapa bagus dan harga semuanya naik2 belaka..

faisalhanim December 17 2009 10:03 am

Penanaman cendawan ini memang luas potensinya. Kalau ada minat dan pengetahuan insyaallah pengusaha cendewan mampu untuk berjaya. :)

Mat SenaiDecember 16, 2009 5:08 pm

Tahniah kepada saudara pengarang dapat membantu usahawan perak mempromosikan perniagaan mereka..Syabas juga kepada semua usahawan perak.. Semoga berjaya..

faisalhanim December 17 2009 10:04 am

Terima kasih...semoga apa yang dipaparkan beri kebaikan pada semua. :)

Leave A Comment

Posting your comment...

Subscribe to these comment via email
http://usahawantv.com/wp-content/themes/selecta