Jika dulu-dulu cikgu akan marah kalau kita meniru jawapan peperiksaan atau hasil kerja kawan-kawan di kelas. Jika meniru, kita akan di cop sebagai pemalas, lembap, tiada masa depan dan macam-macam lagi.

Malah kita diajar bahawa meniru adalah satu kesalahan yang amat berat dan besar serta tidak bermoral.
Bagaimana kalau kita meniru untuk kejayaan bisnes yang kita lakukan? Apakah kita akan di cop seperti mana masa-masa disekolah dulu?
Apa pendapat anda?
Apakah mungkin meniru sebenarnya adalah kunci kejayaan dalam perniagaan?
Adakah satu kesalahan jika kita meniru pesaing-pesaing kita?
Sebenarnya, dalam dunia perniagaan, meniru adalah tidak salah. Meniru pesaing-pesaing barangkali adalah jalan terbaik untuk mengatasi pesaing itu sendiri seterusnya mengukir kejayaan buat syarikat sendiri.
Meniru di sini bukan bermaksud mencetak rompak blue print atau copy paste ciptaan atau idea pesaing-pesaing kita. Meniru yang saya maksudkan adalah meniru bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Itu barangkali boleh diistilahkan sebagai EVOLUSI.
Lihat contoh negara Jepun. Mereka meniru teknologi-teknologi yang dihasilkan oleh orang-orang Barat sehingga mereka kini berjaya menyaingi pula teknologi-teknologi Barat tersebut. Dan mereka kini menghasilkan sendiri produk-produk mengikut identiti mereka.
Sejak zaman berzaman manusia meniru antara satu sama lain. Mungkin dari segi istilah saja yang berbeza. Evolusi, adaptasi, pembelajaran dan sebagai. Semuanya melalui proses meniru satu idea ke satu idea yang lain seterusnya menghasilkan pula teori dan idea-idea yang baru sehingga manusia mencapai tahap revolusi seperti sekarang.
Jadi anda rasa meniru itu satu kesalahan? Jom bincangkan dibawah
Popularity: 8% [?]
Promote Post
2 Comments
faisalhanim December 22 2009 12:53 pm
betul tue...meniru biarlah pada perkara yg baik... salam kenalan :)
Leave A Comment
Posting your comment...

Hadinur MSDecember 22, 2009 6:17 am
Meniru itu kesalahan kalau di alam persekolahan.
Nak berjaya pula, meniru @ duplicate amat diperlukan.
Selalu saya dengar ungkapan ni ;
‘nak berjaya kita kene tiru cara orang berjaya.’