Bank Negara Malaysia dalam kenyataan medianya yang bertarikh 4 Januari 2010 memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak melabur atau menyertai kursus berkaitan niaga tukaran wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu mahupun syarikat.

Modus operandi yang diguna pakai oleh mereka adalah seperti:

  • Menawarkan kursus percuma untuk menarik minat peserta sebelum mengajak mereka membuka akaun niaga tukaran wang asing (yang kononnya mempunyai lesen dari luar negara)
  • Memberi kemudahaan akses kepada laman web dan fasiliti untuk menjalankn urusan jual beli mata wang asing tersebut.
  • Melantik graduan baru sebagai eksekutif pemasaran dan mengalakkan mereka membawa keluarga dan rakan-rakanĀ  untuk melabur dalam niaga tukaran wang asing ini.
  • Memerlukan pelabur memasukkan sejumlah wang tertentu kedalam akaun bank tertentu untuk memulakan urusan jual beli, yang seterusnya meminta pelabur untuk “top up” pelaburan bagi mengelakkan kerugian.

Dibawah Akta Kawalan Tukaran Asing (Exchange Control Act 1953), adalah menjadi kesalahan kepada individu di Malaysia yang menjual atau membeli mata wang asing atau melakukan perbuatan yang melibatkan jual beli mata wang asing tanpa kebenaran atau lesen yang disahkan.

S9SGBFRBVUSE

Popularity: 23% [?]

Promote Post

3 Comments

Motivasi KerjaJanuary 15, 2010 12:26 pm

Assalamualaikum. Terima kasih di atas info yang diberikan ini. Sangat berguna.

greenelement January 15 2010 12:34 pm

sama-sama :)

rahsiakejayaanJanuary 16, 2010 12:51 am

informasi yang menggegarkan warga forex dimalaysia. Thanks for the info

Leave A Comment

Posting your comment...

Subscribe to these comment via email
http://usahawantv.com/wp-content/themes/selecta