A Fistful Of Dollars: The Story of a Kiva.org Loan from Kieran Ball on Vimeo.
Kewangan adalah masalah utama kebanyakkan usahawan. Tidak kira di mana jua. Baik dinegara maju mahupun negara miskin. Di Malaysia, kita beruntung. Negara ini pernah diumumkan sebagai negara di mana usahawan dan perniagaan paling mudah mendapatkan pinjaman.
Dibeberapa negara lain terutama di Afrika dan negara-negara yang mundur, mendapatkan sumber kewangan untuk menjalankan perniagaan adalah amat sukar. Bilangan bank terhad, prospek pasaran yang kabur, kekurangan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan mereka dan berbagai lagi.
Sebagai salah satu tanggungjawab sosial kearah membangunkan ekonomi negara-negara lain, terdapat usaha dari pihak-pihak swasta dan NGO dalam membantu usahawan-usahawan di negara mundur yang memerlukan dana. Salah satu yang menarik untuk diketengahkan adalah KIVA.
KIVA adalah pinjaman mikro person-to-person. Ia diwujudkan atas semangat untuk membantu para usahawan kecil di negara-negara kurang membangun. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang usahawan berjaya, atau anda mempunyai sumber kewangan yang lebih, anda boleh bertindak sebagai pemberi pinjaman serendah USD25 kepada peminjam-peminjam yang mendaftarkan diri mereka di Kiva.
Lebih menarik lagi, semua proses ini dilakukan melalui laman web khas yang dibina untuk memudahkan pemohon dan pemberi pinjaman berurusan dengan dikawal selia oleh wakil-wakil Kiva. Untuk lebih memahami bagaimana Kiva berfungsi, anda boleh melayari laman web http://www.Kiva.org dan tonton video di atas.
Anda ada pengalaman membantu orang lain mencapai kejayaan dalam hidup mereka? Jom kongsikan disini.
Popularity: 20% [?]

Leave A Comment
Posting your comment...