Baru-baru ini saya didatangi satu emel. Sekali pandang alamat emel tersebut mirip sebuah bank tempatan. Melihat saja alamat emel tersebut, saya dapat menjangka ada unsur-unsur yang tidak baik dan ada sesuatu yang tak kene dengan emel tersebut.
Tanpa mempedulikan emel tersebut, saya cuma DELETE kan saja.
Penipuan menggunakan emel dan internet untuk merompak wang yang ada di akaun bank anda adalah aktiviti yang semakin berleluasa. Sesiapa saja boleh menjadi mangsa, hatta mereka yang berpendidikan tinggi sekalipun. Puncanya, kerana tidak faham, tidak tahu, dan kadang-kadang kerana ada unsur-unsur tamak apabila dijanjikan dengan sejumlah wang.
Jadi jika anda menerima sebarang emel yang mencurigakan usah dilayan, atau laporkan saja kepada SKMM atau pihak bank terbabit.
Perbankan internet adalah untuk kemudahan anda. Tetapi berhati-hati dan jangan sampai anda dirompak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Popularity: 26% [?]

Leave A Comment
Posting your comment...