UsahawanTv.com adalah sebuah blog video yang memaparkan topik-topik berkaitan keusahawanan dan perniagaan.
Ini adalah satu usaha kearah mewujudkan ruang untuk para usahawan dan bakal usahawan untuk saling berinteraksi dan membina pengetahuan serta mengembangkan bidang masing-masing.
UsahawanTv.com juga diharap dapat memberi ilham dan panduan untuk orang ramai terutama para graduan yang masih mencari-mencari ruang dan peluang untuk mencipta kerjaya sendiri.
Terdapat beberapa segmen menarik yang ingin dikongsi bersama para pengunjung UsahawanTv.com antaranya Berita Niaga, Idea!, Coretan, Zoom Usahawan dan Advertorial.
Berita Niaga
-Berita Niaga adalah ruangan yang memaparkan berita-berita terkini yang berkaitan keusahawan, perniagaan dan pemasaran yang berlaku diseluruh negara. Ia bertujuan melengkapkan usahawan dengan informasi-informasi yang terkini yang berlaku disekeliling mereka. Ianya dipaparkan dalam bentuk sama ada video atau artikel atau kedua-duanya skali.
Idea!
- Ruangan yang memaparkan panduan atau tips yang bermanfaat untuk para usahawan bertujuan mencetuskan idea buat mereka. Segmen Idea! ini akan dipaparkan hanya dalam bentuk video dengan disampaikan oleh pengacara kami.
Coretan
-Segmen ini dipaparkan dalam bentuk artikel yang mana kami mengharapkan sumbangan dari orang ramai melalui konsep “citizen journalist” dan “guest blogger”. Segmen ini membolehkan orang ramai memberikan pandangan, berita, cerita atau aktiviti yang berlaku sekita mereka sebagai contoh pelancaran produk atau perniagaan terbaru mereka. Jika anda mempunyai Siaran Akhbar (Press Release) hantarkan sahaja kepada kami untuk diwar-warkan.
Zoom Usahawan
Zoom Usahawan adalah segmen yang mana kami akan meninjau dan mengenalpasti usahawan-usahawan tertentu yang berpotensi untuk diketengahkan dan dijadikan contoh kepada para usahawan lain. Segmen ini lebih bersifat biografi dan temuramah.
Advertorial
Sebagaimana namanya, advertorial adalah ruang untuk para usahawan mengiklankan produk-produk mereka dalam bentuk artikel atau post. Ruang ini adalah ruang berbayar dan akan kekal sebagai sebahagian post di UsahawanTv.com. Sila klik disini untuk mengetahuinya.
Pada masa ini siaran-siaran bagi segmen-segmen tersebut belum mempunyai tarikh siaran tertentu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Insyaallah, apabila keadaan dapat dibetulkan kami akan menetapkan tarikh atau hariĀ tertentu bagi setiap segmen agar mudah untuk anda mengetahuinya.
UsahawanTv.com ini dibangunkan oleh Green Element, sebuah syarikat yang berorientasikan social/techno-prenuer.
Semoga apa yang dipaparkan di UsahawanTv.com ini dapat memberikan manfaat yang amat berguna untuk anda semua.
Popularity: 6% [?]

Leave A Comment
Posting your comment...